“Seorang wanita Arab Saudi berbelanja hampir SR30,000 (RM25,435) setahun membeli pakaian manakala lelaki memperuntukkan SR10,000 (RM8,478) untuk tujuan sama,” kata Aishah Al-Otaibi, sambil menambah ia lebih tinggi berbanding beberapa negara lain di seluruh dunia.
Al-Otaibi, wanita Arab Saudi pertama mereka pakaian lelaki berkata, negara itu adalah pasaran utama di rantau Arab dengan potensi untuk berkembang dengan pantas. Pasaran Arab Saudi menarik jenama terkenal dari seluruh dunia.
“Wanita dan lelaki Arab Saudi mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi, mereka mahu kelihatan bergaya. Faktor paling penting ialah kuasa berbelanja di negara ini amat tinggi.
“Kehadiran ramai pereka fesyen antarabangsa di negara ini disebabkan kepelbagaian pasaran,” katanya.
Beliau menambah, pasaran itu mempunyai potensi menjadi makmal fesyen kerana wujud cita rasa berbeza di kalangan penduduk tempatan.
Tambahan pula, negara itu mempunyai kelas sosial berbeza yang menyediakan landasan berkesan bagi pereka fesyen untuk mempamerkan tawaran berbeza. Selain itu, wujud permintaan untuk fesyen daripada golongan muda yang membentuk sebahagian besar penduduk.
Al-Otaibi berkata, pertubuhannya, Danat Valia, mempunyai pejabat dan bilik pameran di Alkhobar di Wilayah Timur.
Buka cawangan di Riyadh, Jeddah
“Kami bercadang membuka cawangan di Riyadh dan Jeddah. Kami ada program untuk menubuhkan bilik pameran di rantau ini dan bahagian lain di seluruh dunia. Danat Valia adalah tanda dagangan Arab Saudi yang pakar dalam penyediaan butik produk dan perkhidmatan.
“Ia termasuk rekaan, barang kemas dan koleksi gaya. Kami juga mempunyai produk pengiklanan dan pemasaran digital bercita rasa tinggi. Kumpulan ini termasuk beberapa rekaan termasuk FashionVA untuk koleksi fesyen dan ConVa bagi kejuruteraan serta pembinaan. Kami ejen eksklusif bagi pembangunan pra-kejuruteraan manakala VaSpa adalah pusat spa dan kecantikan,” katanya.
Beliau berkata, saingan firma China merampas 40 peratus saham pasaran dalam masa dua tahun.
“Produk kos rendah dan pantas berkembang dari China mencapai kemuncak dari segi pengeluaran. Namun, pada masa sama mereka bergantung kepada tiruan dan anda tidak dapat menjamin kualiti produk China,” katanya. - AGENSI
0 comments:
Post a Comment