Mohd Yatim selesa dengan kehidupannya sekarang
Gambar kenangan Mohd Yatim di kokpit kapal terbang.
TELOK KEMANG – Rumah bersaiz sederhana bersebelahan PD Marina kelihatan suram.
Penghuninya seorang warga emas Mohd Yatim De Valda, 60, atau lebih dikenali sebagai Atan oleh penduduk tempatan.
Mohd Yatim salah seorang penerima bantuan Baitulmal.
Menariknya, sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai juruterbang
syarikat Malaysia Air Lines (MAS), namun dia mengambil keputusan untuk
berhenti pada 2002 kerana disahkan mengalami kemurungan.
Berkongsi kisah hidupnya, Mohd Yatim berkata, ibunya merupakan pekerja
ladang di Labu sementara ayah pengurus ladang berasal dari New Zealand.
"Mereka bertemu dan jatuh cinta pandang pertama lalu bernikah dan saya
adalah anak tunggal. Namun ketika usia saya sembilan tahun, ayah
kembali ke negara asalnya dan kami terus terputus hubungan walaupun saya
beberapa kali mengutus surat kepadanya di sana berdasarkan alamat yang diberikan tetapi tidak pernah menerima balasan.
“Sejak itu saya berazam untuk menjadi juruterbang dengan satu tujuan
untuk mencari dan bertemu dengan ayah yang berada di New Zealand,”
katanya.
Berjaya capai cita-cita
Ketika usia 19 tahun, ibunya meninggal dunia dan dia meneruskan
cita-cita itu dan mula menjalani latihan menjadi seorang juruterbang di
sebuah pusat latihan di Indonesia pada 1972.
“Pada 1976 saya berkahwin dan tidak dikurniakan anak. Enam tahun kemudian kami bercerai.
"Ketika usia saya 28 tahun, MAS melebarkan sayap menyediakan
penerbangan ke New Zealand. Akhirnya impian untuk bertemu semula dengan
ayah tercapai dengan bantuan rakan dan saya yakin ia sebenarnya adalah
bantuan ALLAH SWT,” katanya.
Mohd Yatim berkata, dia teruja pertama kali mendengar suara ayahnya di telefon selepas 20 tahun terpisah.
“Saya bertemu ayah setiap kali ditugaskan ke New Zealand. Alhamdulillah, impian saya selama ini tercapai," katanya.
Disah alami kemurungan
Menurut Mohd Yatim, pada 1984, dia sekali lagi berkahwin dan
dikurniakan enam cahaya mata, namun langit tidak selalunya cerah apabila
jodohnya tidak panjang dan bercerai pada 2005.
“Rumah ini dulu penuh dengan hiasan dari luar negara yang saya beli
setiap kali ke sana semasa berkhidmat dengan MAS. Namun atas desakan
hidup semuanya habis dijual untuk menyara anak-anak.
“Saya tidak bersara tetapi mengambil keputusan berhenti pada 2002
kerana disahkan mengalami kemurungan akibat tekanan kerana difitnah.
“Ketika itu saya menerima rawatan di wad psikiatri dan terpaksa
berhenti kerana memikirkan keselamatan nyawa penumpang," katanya.
Mohd Yatim berkata, selepas berhenti kerja dan bercerai, dia masih
mampu menyara dirinya dengan menjual apa-apa barang dimilikinya di rumah
itu.
“Dan sekarang saya adalah penerima bantuan Baitulmal. ALLAH ada sebab kenapa dia anugerahkan ujian ini kepada saya,” katanya.
Home
»
»Unlabelled
» 'Ada sebab ALLAH uji'
Tuesday, December 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment