SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan
Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) supaya tidak membenarkan agensi itu
dijadikan boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Kata Anwar, jika kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan
Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, maka pendakwaan sepatutnya terus
dilakukan.
Mohamad atau Mat Sabu ujarnya perlu diberi ruang untuk membela diri di atas tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
“…sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media
selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang
Jaya semalam.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mat
Sabu terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan
untuk menggesa pemimpin Pas itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan
dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal
Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim
tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Ayatollah Ruhullah Musawi
al-Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi
Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya
pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan
Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" katanya.
Home
»
»Unlabelled
» Anwar ingatkan Jakim jangan jadi boneka
Monday, December 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment