Sungai Petani: “Sedih sangat apabila teringat lelaki itu menjerit
meminta tolong dari dalam kereta yang terbakar sebelum suaranya hilang.
Pasti dia menderita sebelum nyawanya habis.
“Saya amat terkilan kerana tidak mampu berbuat apa-apa bagi
menyelamatkannya walaupun sudah membawa bersama alat pemadam api kerana
ketika itu api yang membakar kereta sudah terlalu besar,” kata remaja
lelaki, A Arvin, 18, saksi kemalangan yang menyebabkan Mohd Shamshuri
Osman, 34, rentung dalam keretanya di Sungai Lalang di sini, kelmarin.
Menurutnya, dia berada di depan sebuah kedai berhampiran tempat kejadian
bersama beberapa rakan apabila terdengar dentuman kuat dan melihat api
membakar kereta Proton Saga BLM.
“Saya berlari sambil membawa alat pemadam api dengan harapan
dapat memadam api bagi menyelamatkan mangsa, tetapi api terlalu marak.
Saya hanya mendengar jeritan meminta tolong beberapa kali sebelum
suaranya hilang ditelan api.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran dalam nahas membabitkan kereta dan treler.
“Ketika itu api mula menyambar kepala treler dan saya takut ada letupan,” katanya dengan nada sedih, semalam.
Home
»
»Unlabelled
» Suara hilang ditelan api
Monday, December 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment