Gambar bangkai buaya yang ditemui mati berhampiran Sungai Linggi pada 2010.
LINGGI – Misteri kehilangan seekor buaya tembaga yang mempunyai saiz
sebesar sebuah van, di sini meni
mbulkan pelbagai spekulasi dalam
kalangan penduduk tempatan terutamanya kaki pancing.
Sebelum ini, haiwan pemangsa itu didakwa menghuni di dalam lombong
Kampung Pengkalan Durian, namun sejak kebelakangan ini buaya tembaga itu
dikatakan menghilangkan diri.
Malah, ada mengatakan buaya berkenaan ditembak oleh sindiket menjual
kulit buaya, tetapi itu hanyalah sekadar cakap-cakap kosong sahaja.
Menurut Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza, disebabkan warna kulitnya
berwarna hitam, buaya tembaga itu digelar 'Black' oleh penduduk
tempatan.
"Walaupun saiznya besar, namun Black tidak pernah bersikap agresif
terutamanya kepada kaki pancing yang memancing ikan di lombong tersebut.
"Sejak beberapa minggu lalu, Black tidak kelihatan di permukaan lombong
tersebut sehingga ada yang menganggap buaya tembaga itu ditembak oleh
pihak tidak bertanggungjawab.
"Tetapi kehilangannya itu mungkin disebabkan haiwan itu berpindah
habitat memandangkan lombong inimempunyai aliran untuk ke Sungai
Linggi,” katanya.
Abd Rahman berkata, bagaimanapun dia berasa kesal jika benar ada kejadian menembak buaya di kawasan itu.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berkata, sehingga kini, pihaknya
masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkaitan
kes tembak buaya di Linggi.
"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan sekiranya ada aduan mengenainya (tembak buaya) sampai kepada pihak kami.
"Kes tembak haiwan liar adalah perkara serius dan menyalahi
undang-undang dan mana-mana individu yang terlibat dengan kejadian ini
boleh didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972,” katanya.
Untuk rekod, pada 2 Ogos 2010, seekor buaya tembaga betina ditemui mati
di tepi pantai di kawasan sebuah resort di Tanjung Agas, berhampiran
Sungai Linggi, dipercayai ditembak.
Menurut sumber Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya terdapat 3,000 buaya hidup di Sungai Linggi.
Home
»
»Unlabelled
» Misteri kehilangan 'Black'
Tuesday, December 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment