London: Seorang pengantin perempuan dan pasangannya semalam bertukar
menjadi hijau sebagai menepati perkahwinan dalam kisah pari-pari
berdasarkan filem Shrek.
Amanda, 44, and Nathan Gibbs, 39, dari Kingswinford, Midlands Barat
merancang acara perkahwinan luar biasa itu selepas lapan tahun
berpacaran.
Selepas kehilangan beberapa rakan akibat penyakit kanser, pasangan itu
memutuskan untuk mengenakan pakaian perkahwinan ala kisah pari-pari
sambil mengutip derma untuk tujuan kebajikan pada hari bahagia mereka.
Pasangan itu berkahwin di Dewan Utama dekat Dudley dan tetamu yang
hadir juga perlu memakai tema pakaian berdasarkan watak dalam filem
pari-pari seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow
daripada Pirates Of The Caribbean.
TETAMU yang hadir turut mengenakan tema pakaian berdasarkan watak dalam kisah pari-pari.
Di sebalik hadiah perkahwinan, pasangan itu yang menguruskan
perniagaan dobi meminta tetamu yang hadir agar memberi sumbangan kepada
Penyelidikan Kanser.
Gibbs berkata, sejak 15 bulan lalu mereka sudah kehilangan tujuh pelanggan yang meninggal akibat kanser.
Home
»
»Unlabelled
» ‘Puteri Fiona’ kahwini ‘Shrek’
Sunday, December 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment