Rio de Janeiro: Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi
mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini
tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang
berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila
wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai
membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita
menyusulinya.
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya.
Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat
antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut
diamalkan ketika karnival.
PETUGAS media mengelilingi seorang wanita yang menanggalkan colinya
sebagai bantahan terhadap larangan agar tidak tampil separuh bogel di
pantai Ipanema, di Rio de Janeiro, Brazil, Sabtu lalu.
Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan
untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan
bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.
Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan
separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh
dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda.
Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu.
Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan
mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio.
Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap
insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal
pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di
pantai Ipanema.
“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya
memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya
tidak mematuhi arahan,” katanya.
Home
»
»Unlabelled
» Bantahan larangan dedah payu dara gagal
Monday, December 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment