Kuala Pilah: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali
pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata
penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat
sini, semalam.
Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi
biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat
tanduk.
“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh
serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi
bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya
ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.
Lachamanan
berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa
pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan
Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.
BIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan.
“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.
“Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi
makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga
berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.
“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.
Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf
berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh
terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut.
“Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi.
Home
»
»Unlabelled
» Kambing bertanduk 4
Tuesday, December 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment