Kuala Lumpur: “Bantulah saya. Saya ada sebidang tanah bersama rumah,
dua rumah teres dan sebuah kereta untuk dicagar. Dengan adanya modal
cagaran nanti, boleh saya mulakan kembali perniagaan serta bina
kehidupan semula sementara menunggu wang semula,” kata Mohd Shukri
Mohsin Fadzli, 32, mangsa penipuan pelaburan ikan arowana berjumlah
hampir RM1 juta.
Anak kepada seorang bekas wakil rakyat itu kini ke hulu ke hilir
membawa bersama dokumen berkenaan bagi mencari mereka yang berpotensi
memberikan sejumlah besar wang untuk dia membayar hutang selain
meneruskan perniagaan lain yang tergendala sejak 2010.
Dia kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menghabiskan semua wang yang ada termasuk simpanan ibu bapanya.
Menurutnya, episod hitam itu bermula apabila dia tertarik dengan
satu skim pelaburan ikan arowana di Hulu Langat, tiga tahun lalu.
Katanya, selepas diperkenalkan rakan, dia dibawa berjumpa seorang
lelaki yang mengusahakan perniagaan menjual benih ikan arowana dan
bersetuju menyerahkan wang pelaburan RM370,000 sebagai permulaan.
Home
»
»Unlabelled
» Benih ikan RM1 juta
Monday, December 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment