Ottawa: Seorang wanita dari Kanada menjalani pembedahan untuk
memperoleh cuping telinga yang tajam kerana dia mahu kelihatan seperti
orang bunian.
Melynda Moon, 23, percaya dia berasal dari dunia berbeza dan hidup dalam zaman pari-pari pada hayat lalu.
Melynda menjalani pembedahan bernilai RM1,350 itu bagi membolehkan dia berhubungan dengan susur galur keturunannya itu.
Pembedahan itu menyebabkan rawan telinganya dipotong dan serpihan yang dipotong dari bahagian hujung itu dibentuk runcing.
MELYNDA menjalani pembedahan selama dua jam untuk mendapatkan bentuk telinga seakan-akan elf.
Keadaan itu membolehkan telinganya mempunyai bentuk meruncing
sebagaimana watak dalam filem kegemarannya, Lord Of The Rings.
Pembedahan itu mengambil masa dua jam.
Selain telinga orang bunian, Melynda juga menjalani implan di tangannya yang menggambarkan simbol kuasa tiga Legenda Zelda.
Model dari Ontario itu berkata, telinga runcing sudah lama menjadi idamannya.
“Inspirasi saya bermula daripada Lord Of The Rings: rambut panjang, baju yang labuh dan hubungan rapat dengan alam semula jadi.
“Saya sentiasa rapat dengan alam semula jadi,” katanya.
Menurutnya, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia memang obses dengan benda mistik.
Ketika
kecil, dia akan menggunakan mekap untuk tampil seperti orang bunuan
dan turut menggunakan Photoshop untuk membuat telinganya runcing.
Mengenai
pembedahan yang dijalaninya itu, Melynda berkata: “Saya sentiasa
mempunyai fantasi untuk menjadi sesuatu yang lain daripada manusia.
Kerana itu, saya ubah penampilan.
“Saya tidak akan kembali
dengan penampilan manusia. Kini, saya hanya kekurangan sesuatu iaitu
sayap untuk terbang,” katanya.- AFP
Home
»
»Unlabelled
» Impi jadi orang bunian
Tuesday, December 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment