Orlando: Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat yang terdesak
ingin mencari calon isteri berbuat demikian dengan meletakkan iklan di
belakang keretanya.
Stesen televisyen ABC News melaporkan, Alexander Gorbunov memaparkan
iklan berbunyi “Saya mencari calon isteri” pada kadbod kuning yang
dilekatkan di belakang kereta BMW miliknya. Dia juga melakukan perkara
sama di belakang kenderaan merk Hummernya.
Gorbunov berkata, cara itu cukup berkesan. Dia memperoleh kira-kira 500
mesej pesanan ringkas di telefon bimbitnya, selain menerima sekitar 250
panggilan setiap hari.
Malah, panggilan bukan saja diterimanya dari Amerika, tetapi juga
dari Perancis, Jamaica, Brazil, Switzerland, Finland dan pelbagai negara
lain.
IKLAN mencari calon isteri yang dilekatkan di belakang kereta Gorbunov.
Lelaki yang berasal dari Moscow, Russia itu sudah lama mencari teman hidup sejak empat tahun lalu.
Walaupun mempunyai ramai kenalan di Internet, tetapi Gorbunov lebih
gemar untuk bertemu dan berkenalan dengan calon isterinya secara empat
mata.
Gorbunov juga agak memilih untuk mencari calon isteri yang
bersesuaian kerana dia tidak akan melayan wanita yang menghubunginya
semata-mata untuk bertanya mengenai harta yang dimilikinya. Tidak kurang
juga ada golongan gay atau lelaki yang menghubunginya untuk menawarkan
bekas isteri mereka kepadanya. - Agensi
Home
»
»Unlabelled
» Cari jodoh dengan iklan belakang kereta
Sunday, December 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment