Sunday, December 22, 2013

Permainan video Minecraft kini boleh dimainkan oleh pengguna konsol permainan video PlayStation milik Sony. Kemudahan itu diumumkan pihak pengeluar mengenai mengeluarkan permainan video Minecraft untuk PS3, PS4 serta PS Vita.


Bagaimanapun sehingga kini masih belum mengumumkan harganya. Sebagai permulaan, Minecraft boleh dimainkan oleh pengguna PS3, mulai 17 Disember lalu, di Amerika Utara secara langsung menerusi PSN.


Bagi pengguna PS4 dan PS Vita pula, mereka boleh menikmati permainan ini, mulai tahun depan.

Permainan video yang pertama kali diperkenalkan oleh Mojang di platform PC pada 2009 itu, cukup menjadi fenomena.

Kedatangannya ke Xbox 360 juga mendapat sambutan tinggi, sejak pelancarannya pada Mei 2012, Microsoft mencatat bahawa permainan video ini telah terjual sebanyak 10 juta unit.

0 comments:

Post a Comment